Monday 10 December 2012

Diskusi Perundangan & Perlaksanaan Undang-undang Syariah



TANTA, 6 Disember - Seramai 25 peserta menghadiri program Diskusi Perundangan & Perlaksanaan Undang-undang Syariah Negeri-negeri dalam Membanteras Gejala Sosial & Isu-isu Aqidah yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Kamaruddin Kassim, aktivis Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS)




Menurut Pengerusi Majlis, saudara  Ahmed Hosni Bin Mubarak, ini merupakan program pertama di adakan di Tanta dengan kehadiran peserta yang memuaskan daripada Kaherah dan daerah-daerah lain seperti Zaqaziq dan Tanta. Program di adakan di Masjid ar-Rahmah, Awl Shuber, Tanta.




Program yang bertemakan "Mendaulatkan Islam Melalui Perundangan" ini merupakan program anjuran Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) bagi memantapkan dan memperkukuhkan kefahaman peserta mengenai kepentingan menjaga perlembagaan dan perundangan Islam yang sedia ada.





Penceramah banyak memberi penjelasan dan pendedahan kepada peserta mengenai situasi dan masalah yang sedang meruncing berlaku di tanah air kita, Malaysia. Selain itu, beliau juga banyak berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang aktivis dakwah NGO dalam usaha memperkembangkan dakwah dalam masyarakat yang terdedah dengan kecelaruan dan kekeliruan yang melanda umat masa kini.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai gambar kenang-kenangan serta jamuan sederhana disediakan sebaik usai sahaja majlis.




Sunday 11 November 2012

Forum Perdana : Perlembagaan dan Islam





MADINAH NASR, 10 Nov : Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Mesir (KPMM)  dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir telah mengadakan forum perdana : Perlembagaan dan Islam bertempat di Dataran Kompleks Hayyu Asyir. Program itu telah membariskan En. Mohd Faizal bin Sabhon (Mahasiswa Mesir) sebagai Moderator, dan empat orang ahli panel iaitu Tuan hj Rahim bin Sinwan (PPMM), En. Iz`aan Azalan (Mahasiswa Jordan), Dato` Zainul Rijal Abu Bakar (PPMM) dan En. Syamil bin Mohd Esa (Mahasiswa Mesir) telah menekankan beberapa iaitu kaitan antara islam dan perlembagaan Malaysia dan kurangnya peguam syar`ie di Malaysia.

Friday 2 November 2012

SEMINAR DAN FORUM PERUNDANGAN ISLAM @ EKSPRIM '12


Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 10 NOVEMBER 2012, JAM 9.30 PAGI.

Sila hubungi - Saudara Muhamad Alfateh : 01148102396


TENTATIF SEMINAR PERUNDANGAN ISLAM @ EKSPRIM '12
(Sabtu | 10 November 2012 | 9.00 Pagi | Dewan Solah Kamil Universiti Al Azhar, Hayyu Sadis, Kaherah)

MASA
AKTIVITI
9.00a.m
Pendaftaran dan sarapan
10.00a.m – 11.30a.m
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
Bacaan Al-Fatihah pembukaan majlis
Nyanyian lagu Negaraku dan 1 Malaysia
Ucapan Pengarah EKSPRIM’12
Ucapan Pengerusi KPMM
Ucapan Presiden PPMM
Ucapan Perasmian oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Kaherah.

11.30a.m – 11.45a.m
Kudapan
11.45a.m – 1.15p.m
KERTAS KERJA 1 : “Perbankan Islam”
Oleh : Puan Hajah Fakihah Azahari

1.15p.m – 1.45p.m
Makan tengahari & solat zohor
1.45p.m – 3.00p.m
KERTAS KERJA 2 : “Peguam dan Hakim Syarie Wanita:   Antara Realiti Dan Fantasi”
Oleh : Puan Siti Razasah Abdul Razak

3.00p.m – 3.30p.m
Kudapan dan solat asar
3.30p.m – 4.45p.m
KERTAS KERJA 3 : “Hak Asasi Manusia Menurut Perspektif Undang-Undang Islam”
Oleh : Tuan Haji Abd Rahim Sinwan

4.45p.m
Bersurai


TENTATIF FORUM PERUNDANGAN ISLAM: "PERLEMBAGAAN & ISLAM" @ EKSPRIM '12
(Sabtu | 10 November 2012 | 7.30 Malam | Dataran Kompleks Malaysia Hayyu Asyir)


7.00p.m  – 10.00p.m






Ucapan Aluan Pengerusi Majlis


Forum Perundangan Islam: "Perlembagaan & Islam"

Ahli Panel : Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar (PPMM)
                     Tuan Haji Abdul Rahim (PPMM)
                     Saudara Iza’an Azalan (KPMJ) 
                     Saudara Syamil Esa (ISMA)

Moderator : Mohd Faizal bin Sabhon (Pengerusi KPMM)


10.00p.m – 10.30p.m

Makan malam & bersurai

Sunday 30 September 2012

Friday 14 September 2012

BICARA MERDEKA : "PERANAN ANAK MUDA MENGISI KEMERDEKAAN"


Sempena kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-55, Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) berbesar hati menjemput anda semua ke forum anjuran KPMM yang membawakan tajuk Bicara Merdeka : Peranan Anak Muda Mengisi Kemerdekaan. 

Nantikan penyampaian dan pengisian yang hebat daripada 4 panelis iaitu Ustaz Ahmad Hosni (KPMM), Ustaz Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim (ISMA-Mesir), Dr. Zainal Abdulah (IKRAM-Mesir) dan Dr. Habib Bakri (Kelab UMNO-Mesir).

Jumpa anda di sana !! 


*Video promo Bicara Merdeka: Peranan Anak Muda Mengisi Kemerdekaan






Wednesday 27 June 2012

Mesyuarat Bulanan & Kepulangan 2 AJK Ke Malaysia Bagi Menjalani SPC 2012


Kaherah, 27 Jun 2012 : Kelab Peguam Muda Mesir (KPMM) telah mengadakan satu minit mesyuarat bulanan bersama Ahli Majlis Tertinggi KPMM pada tarikh 23 Jun 2012 yang lalu, bertempat di Bait Hasanah, Hayyu Sabi’, di mana mesyuarat ini dikendalikan oleh Pengerusi KPMM sendiri. Antara agenda yang dibentangkan adalah Program Summer Pre Chambering 2012 (SPC 2012)  bagi pelajar kuliah Syariah yang bakal pulang ke Malaysia nanti.

Monday 25 June 2012

Senarai Nama & Lokasi Praktikal Ahli SPC 2012



Senarai Nama Peserta Praktikal di Mahkamah Syariah Negeri Selangor

Program                      : Summer Pre-Chambering (SPC)
Anjuran                        : Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Dengan Kerjasama    : Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ)
                                    : Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM)


Peserta Mesir
Tempoh          :Sebulan dari tarikh yang dinyatakan
Bil
Nama
Tarikh (2012)
Mahkamah
1
Muhamad Faizul Najib Bin Ramlee
20 Ogos
MTS Shah Alam
2
Muhamad Farid Bin Mohd Ariff Panir
23 Julai
MTS Shah Alam
3
Khairul Fatihin Bin Saedal Atas
1 Ogos
MTS Shah Alam
4
Ahmad Zarul Zalfan Bin Shahari
1 Sept
MRS Kuala Kubu Baru
5
Faiz Ikmal Bin Ahmad Rafie
1 Sept
MRS Gombak Timur
6
Ahmad Faizal Bin Hj Zainadi
23 Julai
MRS Gombak Barat
7
Ahmad Syahmi Taqiuddin Bin Syukor
23 Julai
MRS Shah Alam
   8
Siti Aisyah Hanin Binti Ramli
 1 Sept
MRS Kajang
9
Afriyanti Binti Harman
1 Sept  
MRS Kajang

Peserta Jordan
Tempoh          :3 Minggu dari tarikh yang dinyatakan
Bil
Nama
Tarikh (2012)
Mahkamah
1
Faradilla Nasha binti Bazam
27 Ogos  
MRS Salak Tinggi
2
Anas Bin Abd Rahman
11 Jun
MTS Shah Alam
3
Muhammad Khairi Bin Abu Yamin
27 Ogos
MTS Shah Alam
4
Nabilah Huda Binti Zaim
24 Ogos
MTS Shah Alam
5
Mohamad Al-Amin Bin Zakaria
24 Ogos
MTS Shah Alam
6
Muhammad Alimin Bin Mohamad Abiah
24 Ogos
MTS Shah Alam
7
Muhammad Mustafa Bin Kamarudin
25 Jun
MRS Daerah Petaling





Senarai Nama Peserta Praktikal di Mahkamah Syariah Negeri Terengganu


Program                      : Summer Pre-Chambering (SPC)
Anjuran                        : Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Dengan Kerjasama    : Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ)
                                    : Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM)

Sunday 1 April 2012

Summer Pre-Chambering ( SPC) : Peluang Mahasiswa AL AZHAR menimba pengalaman



1.Pengenalan

Summer Pre-Chambering merupakan program latihan yang diadakan bagi menggalakkan para pelajar ke arah persiapan mental dan fizikal sebelum melibatkan diri ke alam kerjaya. Pengalaman dan pendedahan amali yang bakal diperolehi sepanjang tempoh program diharapkan dapat membantu pelajar memahami beberapa aspek teori dan konsep yang terdapat dalam subjek-subjek berkaitan yang dipelajari sebelum ini.