Sunday 1 April 2012

Summer Pre-Chambering ( SPC) : Peluang Mahasiswa AL AZHAR menimba pengalaman



1.Pengenalan

Summer Pre-Chambering merupakan program latihan yang diadakan bagi menggalakkan para pelajar ke arah persiapan mental dan fizikal sebelum melibatkan diri ke alam kerjaya. Pengalaman dan pendedahan amali yang bakal diperolehi sepanjang tempoh program diharapkan dapat membantu pelajar memahami beberapa aspek teori dan konsep yang terdapat dalam subjek-subjek berkaitan yang dipelajari sebelum ini.

Bagi menjamin kelancaran program Summer Pre-Chambering, selepas ini akan disebut sebagai (SPC), Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) telah menyediakan modul bagi program SPC sebagai garis panduan kepada pihak-pihak yang berkaitan, terutama para pelajar dalam memenuhi segala keperluan dan peraturan yang telah digariskan. Modul ini juga bertujuan memudahkan penyelarasan dilaksanakan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan secara langsung dengan Summer Pre-Chambering ini seperti firma-firma guaman.

2.Objektif Program

2.1 Memperolehi pengalaman berkerja dalam bidang yang berkaitan.

2.2 Mendedahkan para pelajar kepada fungsi dan operasi firma guaman Syarie
Pendedahan kepada pelajar mengenai aspek pentadbiran dan perundangan di firma guaman Syarie.

2.3 Memberi pendedahan teori dan amali kepada pelajar mengenai pentadbiran firma guaman Syarie.

2.4 Memperkenalkan kepada pelajar kaedah pengendalian masalah di firma guaman Syarie.

2.5 Memberi motivasi kepada pelajar untuk mendalami dan menguasai bidang berkaita,
Persediaan awal ke alam kerjaya yang berkaitan.


3.Syarat-Syarat Penyertaan:

3.1 Tahun 2 keatas
3.2 Kuliah Syariah atau Ulum Islamiah Sahaja

*Peserta dikehendaki mempelajari subjek-subjek berikut:

- Fiqh Ahwal Sakhsiah Zawaj/Talak (thn 2 syariah)
- Fiqh Mirath (Thn 3 Syariah)
- Fiqh Qada’ wa Turuq Isbath (Thn 3 syariah)
- Maqasid Syariah (Umum)


4.Tempoh

Tempoh Program adalah selama satu bulan atau empat minggu yang dilakukan pada masa cuti musim panas (Jun/July/Ogos).

5.Tempat

Di Firma guaman Syarie disekitar Lembah Klang, Mahkamah Syariah Selangor, Perak, dan Terengganu (setakat yang telah dipersetujui oleh Hakim-hakim Mahkamah).

6.Prosedur

6.1 Pelajar perlu mengisi borang permohonan program yang disediakan oleh pihak Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM)  berserta tempat program yang dicadangkan.
(Sekiranya di Lembah Kelang, firma guaman yang hampir dengan kediaman pelajar akan cuba ditempatkan).

6.2 Pelajar akan mengetahui tempat program setelah mendapat pengesahan dan maklumbalas tempat program daripada penyelaras.


6.3 Taklimat terakhir program akan diberikan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh program bermula.


6.4 Program akan berjalan selama satu bulan sahaja.

6.5 Pelajar perlu mengisi buku log harian yang perlu ditandatangani oleh mana-mana pegawai di tempat program setiap hari sepanjang tempoh program latihan.


6.7 Pihak penyelaras boleh membuat sebarang lawatan sebarang program latihan dijalankan tetapi, pelajar-pelajar diingatkan supaya sentiasa menunjukkan tingkah-laku yang baik dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program.


6.8 Pegawai di tempat latihan yang berkaitan akan mengisi Borang Penilaian Prestasi Latihan dan menyerahkannya kepada pelajar pada hari terakhir latihan.


6.9 Pelajar-pelajar dikehendaki mengikut etika dan jadual serta masa kerja yang ditetapkan oleh pegawai di tempat latihan sama seperti kakitangan-kakitangan yang lain.


6.10 Pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan laporan program mengikut format yang telah ditetapkan setelah tamat latihan dan menyerahkannya kepada penyelaras selewat-lewatnya seminggu setelah semester pengajian seterusnya dimulakan.


6.11 Pelajar-pelajar yang gagal memenuhi dan melengkapkan keperluan latihan tidak akan diberikan sebarang sijil penyertaan program latihan.

*Elaun adalah terpulang kepada budi bicara firma.
*Pendaftaran dibuka dari 1 - 30 April 




Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada :


1) Amirul Amin 0111 46381151 (hayyu asyir)
2) Siddik Maidin 0111 9787483 (rabaah & hayyu sabek)
3) Luqman Hakim 0114 7347559 (ulum Islamiah)
4) Hadi Hussin 0114 8887686 (Tanta)
5) Faiz Esa 0111 8284211 (DMAK @ ARMA) 

No comments:

Post a Comment