Pengenalan KPMM


Melihat kepada perkembangan Ilmu Fiqh dari semasa ke semasa, Dunia Guaman Syarie melihat, graduan timur tengah khususnya MESIR dan JORDAN merupakan asset bernilai dalam menterjemahkan Islam sebagai agama yang lengkap meliputi segala aspek.Beberapa program yang bakal diadakan dengan kerjasama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang memberikan pendedahan yang cukup kepada mahasiswa terhadap bidang guaman syarie agar bersedia untuk meneroka peluang pekerjaan kepada graduan timur tengah apabila pulang ke tanah air serta bertujuan melahirkan pelatih dalam kamar yang terbaik dan bakal-bakal PEGUAM SYARIE yang dapat berkhidmat sebaik mungkin dan bermanfaat kepada masyarakat disamping melatih pelajar-pelajar ini menjadi pemimpin pada masa akan datang. 

Rentetan dari itu, maka timbul satu idea yang mana, program seperti ini perlu akan sebuah badan atau organisasi yang menguruskannya secara professional. Maka, lahirlah Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM).

No comments:

Post a Comment