Tuesday 26 February 2013

Forum isu Kalimah Allah: "Antara aqidah, perjuangan dan hak"



Forum isu Kalimah Allah: "Antara aqidah, perjuangan dan hak"

MADINAH NASR, KAHERAH, 22 Februari : Kelab Peguam Muda Mesir (KPMM) dengan kerjasama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan forum isu Kalimah Allah: Antara aqidah, perjuangan dan hak yang bertempat di Dataran Hayyu Asyir. Program itu telah membariskan saudara Mohd Siddik bin Maidin Kutih (pengerusi KPMM) sebagai moderator dan tiga orang ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji Rahim Sinwan (exco PPMM), Tuan A. Karim Omar (Setiausaha Agung Persatuan MUAFAKAT) dan saudara Muhammad Firdaus bin Zalani ( exco KPMM dan ahli ISMA- Mesir) kehadiran yang mencecah seramai 100 orang itu berjalan dengan lancar. Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai isu semasa yang sedang hangat berlaku di Malaysia terutamatanya mengenai penggunaan isu kalimah Allah ini yang semakin membimbangkan serta menjawab segala persoalan – persoalan tentang pendirian kita terhadap seorang muslim dalam menghadapi golongan – golongan yang cuba membolehkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible di Malaysia. 
" Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary: a Christian cannot baptize in the name of Allah (2005) " ulas Tuan A. Karim Omar. Forum ini juga di jalankan di Masjid ar Rahmah, Tanta sehari sebelum diadakan di Kaherah dengan kehadiran peserta seramai 80 orang mahasiswa dan mahasiswi yang terdiri daripada pelajar pengajian islam dan perubatan. Secara kesimpulannya, isu penggunaan kalimah Allah  ini sama sekali tidak boleh digunapakai dan tidak bersesuaian digunakan di negara kita, Malaysia.