Monday 10 December 2012

Diskusi Perundangan & Perlaksanaan Undang-undang Syariah



TANTA, 6 Disember - Seramai 25 peserta menghadiri program Diskusi Perundangan & Perlaksanaan Undang-undang Syariah Negeri-negeri dalam Membanteras Gejala Sosial & Isu-isu Aqidah yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Kamaruddin Kassim, aktivis Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS)




Menurut Pengerusi Majlis, saudara  Ahmed Hosni Bin Mubarak, ini merupakan program pertama di adakan di Tanta dengan kehadiran peserta yang memuaskan daripada Kaherah dan daerah-daerah lain seperti Zaqaziq dan Tanta. Program di adakan di Masjid ar-Rahmah, Awl Shuber, Tanta.




Program yang bertemakan "Mendaulatkan Islam Melalui Perundangan" ini merupakan program anjuran Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) bagi memantapkan dan memperkukuhkan kefahaman peserta mengenai kepentingan menjaga perlembagaan dan perundangan Islam yang sedia ada.





Penceramah banyak memberi penjelasan dan pendedahan kepada peserta mengenai situasi dan masalah yang sedang meruncing berlaku di tanah air kita, Malaysia. Selain itu, beliau juga banyak berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang aktivis dakwah NGO dalam usaha memperkembangkan dakwah dalam masyarakat yang terdedah dengan kecelaruan dan kekeliruan yang melanda umat masa kini.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai gambar kenang-kenangan serta jamuan sederhana disediakan sebaik usai sahaja majlis.




No comments:

Post a Comment