Wednesday 27 June 2012

Mesyuarat Bulanan & Kepulangan 2 AJK Ke Malaysia Bagi Menjalani SPC 2012


Kaherah, 27 Jun 2012 : Kelab Peguam Muda Mesir (KPMM) telah mengadakan satu minit mesyuarat bulanan bersama Ahli Majlis Tertinggi KPMM pada tarikh 23 Jun 2012 yang lalu, bertempat di Bait Hasanah, Hayyu Sabi’, di mana mesyuarat ini dikendalikan oleh Pengerusi KPMM sendiri. Antara agenda yang dibentangkan adalah Program Summer Pre Chambering 2012 (SPC 2012)  bagi pelajar kuliah Syariah yang bakal pulang ke Malaysia nanti.

Selain itu juga, baru-baru ini KPMM bersama dengan wakil pihak kedutaan Encik Khairi Jalalluddin telah mengadakan lawatan ke Fakulti Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah bagi menjalinkan hubungan dan mendapat penerimaan yang baik daripada pihak Fakulti. Buktinya, pihak Fakulti menawarkan kepada AJK KPMM kursus Bahasa Inggeris di British Council Al-Azhar pada kadar bayaran yang lebih rendah. Selain itu, KPMM juga akan membentuk sukarelawan Projek Pengkalan Data Pelajar Malaysia bagi Fakulti Syariah di Mesir. Dalam masa yang sama, KPMM telah merencanakan Seminar Kewangan Islam dan Seminar Perundangan Islam yang akan diadakan tidak lama lagi. Turut juga dibincangkan penerimaan dana kewangan dari Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM50 ribu bagi kegunaan dan kepentingan KPMM dan ahli-ahlinya.

 (Dua dari kanan: Mohd Siddik Bin Maidin Kutih dan Haji Maulan Asmoni, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Johor. Tiga dari kiri: Muhammad Al-Fateh Bin Miswan.)

Sesi praktikal SPC 2012 akan berjalan sekitar Julai hingga Disember. Sehubungan dengan itu, dua ahli Majlis Tertinggi KPMM, Mohd Siddik Bin Maidin Kutih dan Muhammad Al-Fateh Bin Miswan telah berangkat pulang ke tanah air pada 26 Jun 2012 bagi mengikuti program SPC 2012 di Malaysia pada bulan Julai ini. Turut mengiringi mereka Pegawai Khas YAB Menteri Besar Johor, Haji Maulan Asmoni dan ahli-ahli Majlis Tertinggi KPMM serta sahabat dan kenalan yang lain.

No comments:

Post a Comment